Pergas bentuk generasi asatizah Pakar, berkemahiran tinggi

DENGAN ilmu hidup menjadi mudah; dengan agama hidup menjadi terarah.

Ilmu agama memainkan peranan yang penting dalam melahirkan insan yang memiliki kerohanian dan adab yang tinggi untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Golongan asatizah kita amatlah utama dek peranan mereka sebagai penggerak dakwah dan pembimbing agama buat masyarakat kita.

Untuk memastikan kelestarian asatizah dan ulama kita di Singapura ini, Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) melalui anak syarikatnya; Pergas Investment Holdings (PIH), telah menubuhkan Dana Pergas Endowmen Legasi Ulama (PERLU) pada tahun 2020.

Sejajar dengan konsep endowmen – wakaf, dana yang terkumpul setakat ini sudah mula disalurkan kepada pembiayaan semula bangunan Paradise@Pergas di 168 Changi Road secara bertahap-tahap.

Pergas yakin dengan adanya aset pelaburan jangka panjang ini, ia akan memampankan lagi sumber pendapatan yang kukuh dan berterusan untuk Pergas melalui pulangan sewa yang diraih walaupun ia mengambil masa yang lama.

Selain dari pelabuaran, bangunan ini juga digunakan sebagai salah satu rangkaian dakwah Pergas menerusi saluran Pergas Radio dan Pergas TV.

WhatsApp Image 2023-02-03 at 17.16.572
Source - Berita Harian, 16 Dec 2022

Walaupun pembiayaan sebanyak $13 juta masih diperlukan lagi, tahun ini Pergas telah memperuntukkan sejumlah wang sebanyak $15,000 hasil dari pendapatan sewa bangunan tersebut.

Wang ini akan disalurkan kepada dua initiatif Pergas iaitu:

  1. Skim Dermasiswa IPIP (IBS) bagi asatizah yang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sebanyak $8,000; dan
  2. Tajaan separa bagi asatizah yang menigkuti program Diploma Pasca Sarjana dalam Kaunseling Islam sebanyak $7,000

Salah seorang penerima dermasiswa tersebut adalah Ustaz Muhammad Hanif Bin Salleh yang sedang melanjutkan pengajiannya di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang “Islamic Revealed Knowledge and Heritage” anjuran Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP).

“Dengan dermasiswa ini, ia dapat menampung sebahagian dari kos pengajian saya. Saya yakin ramai lagi boleh meraih manfaat melalui dana ini pada masa akan datang”, katanya.

Pergas berharap agar masyarakat Melayu/Islam akan terus menyokong dana ini dan usaha Pergas demi membentuk generasi Asatizah pakar yang dapat membimbing umat Islam di Singapura.

Ikrarkan sokongan anda kepada Dana Endowmen Pergas (PERLU). Sumbangan boleh dibuat ke akaun CIMB 2000560073, nombor UEN S57SS0012G073 atau cek berpalang ke “PERGAS – CHARITY”.

Lungsuri perlu.pergas.org.sg atau hubungi 6904 8374 untuk maklumat lanjut.

Picture of Dr Shamsiah Abdul Karim

Dr Shamsiah Abdul Karim

Dr. Shamsiah Bte Abdul Karim is currently the Chief Executive Officer and Director of Pergas Investment Holdings. She was the former Senior Vice-President at Bank Muamalat Malaysia Bhd overseeing the Shariah & Product Development Division. She is also the former Chief Executive Officer of Albukhary Foundation and former Deputy Director of Asset Development at Muis.

English