Wakaf (Endowmen Islami) telah memainkan peranan yang sangat penting sebagai salah satu sumber dana yang penting dalam pembangunan masyarakat Islam di seluruh dunia Islam menurut perkembangan sejarah.
Rasulullah (ﷺ) bersabda, "Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariyah (berkekalan), ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” [Muslim]
Konsep endowmen telah mencapai kemajuan dan pembangunan pesat di seluruh dunia. Ia telah menunjukkan potensi besar instrumen endowmen ini dalam menghasilkan dana untuk kemaslahatan umum.
Hari ini, Pergas sedang dalam usaha mandiri dari segi kewangan dan mengurangkan kebergantungan pada dana awam. Oleh itu, adalah penting bagi Pergas untuk menubuhkan dana Endowmen ini untuk memastikan bahawa ia dapat mengukuhkan kelestariannya.
The purchase of the property at 168 Changi Road is a testimony of Pergas continuous effort in building up its asset base to create a substantial fund for its future needs to ensure it can continue to thrive to provide the community with religious leadership through the asatizah.
Pergas melalui anak syarikatnya Pergas Investment Holdings ("PIH") akan terus membangun aset ini demi kelestarian masa depan Ulama dan asatizah kita.
Selama bertahun sudah, peranan guru agama Islam telah berubah untuk memenuhi harapan masyarakat Islam yang semakin meningkat dan lanskap dakwah yang berubah-ubah di Singapura.
Ia berkembang dari peranan kepimpinan tradisional kepada peranan serba boleh yang menyumbang kepada pembentukan pendapat positif masyarakat Islam.
Ulama dan asatizah hari ini, memainkan pelbagai peranan dengan memperoleh pengetahuan khusus dalam pelbagai bidang.
Peranan mereka mejangkaui ruang kelas madrasah dan masjid, yang membolehkan mereka untuk berfungsi sebagai seorang sarjana dalam sosio-agama, pensyarah, pentadbir, penulis, penganalisa penyelidikan, usahawan dan pembangun kurikulum di masjid-masjid dan institusi Islam yang lain.
Peranan Pergas kini menjadi semakin relevan dalam membangun generasi asatizah yang pakar dalam membimbing masyarakat dalam semua bidang.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pergas sila ikuti pautan ini.